TIPS

Friday, October 13, 2006

Tips Membentuk Keyakinan

1. Tenang,
adalah masalah paling penting untuk menampilkan diri anda sebagai seorang yang berkeyakinan. Sikap ini perlu ditanam terutama ketika menghadapi masalah atau mau membuat keputusan tertentu.

2.
Coba bayangkan yang positif, apa saja yang kita lakukan dilaksanakan oleh otak yang bertugas setelah mendapat alasan kita. Sehubungan itu, sekiranya anda gagal dalam sesuatu tugas dengan baik, kesalahan otak hanya melakukan apa yang anda arahkan. Sekiranya anda menyusun setiap tugas dengan sempurna, maka otak akan bekerja dengan lebih baik.

Sehubungan itu, anda perlu bayangkan segala yang positif mengenai apa yang anda akan lakukan. Jika anda membayangkan anda akan gagal, maka tidak mustahil anda akan gagal.

Jika anda membayangkan keyakinan diri dengan kuat dan lebih tenang, ia sudah cukup kuat untuk mendorong diri anda menjadi lebih yakin.

3.
Jangan khuatir dengan penampilan diri, keyakinan terhadap diri akan berkurangan apabila anda kerap berfikir atau berimajinasi mengenai apa yang orang lain fikir mengenai anda. Sikap ini perlu diubah kerana jika terlalu memikirkan, anda tidak akan menjadi diri anda, seterusnya membuatkan anda berasa janggal dengan diri sendiri.

Tip khusyuk dalam solat

- Merendahkan pandangan, dengan menumpukan pada tempat sujud.

- Membaca surah dengan bacaan indah mengikut tajwid.

- Sentiasa menepati waktu sholat agar tidak tergesa mengejar waktu.

- Memulakan bacaan ketika sholat dengan istiā€™azah (perlindungan dari syaitan).

- Memahami ayat yang dibaca.

- Sentiasa bersikap ingin melakukan yang terbaik ketika sholat.

- Menenangkan fikiran dengan membuang jauh urusan dunia ketika memulai sholat.

- Sentiasa menanam dalam hati bahwa ketika bersolat, anda sedang mengadap Allah.

- Pakai pakaian yang bersih dan menggunakan minyak wangi.

Friday, October 06, 2006

Tip Menguruskan Badan

* Sering makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
* Lebihkan karbohidrat kompleks.
* Kurangkan makanan berlemak, makanan berkadar gula tinggi.
* Lakukan aktiviti fisik atau senam sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu, selama 30 hingga 40 minit.
* Menjalankan aktivitas yang banyak pergerakan.